Pengurusan Sumber Pembelajaran
Pengurusan Sumber
Pengurusan
adalah satu proses penyusunan, penyelarasan dan pengawalan ke atas sesuatu
perkara bagi mencapai matlamat-matlamat yang telah digariskan oleh pihak atasan
atau pihak yang bertanggungjawab. Seperti yang ditegaskan oleh Y.Cheng
mengatakan bahawa pengurusan pembelajaran yang diamalkan di sekolah mampu
mencapai keberkesanan yang tinggi dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan para
guru, kecekapan dan mempunyai sistem yang sistematik. Manakala, pengurusan
sumber pula adalah satu proses mengendalikan bahan-bahan pembelajaran dengan
kaedah yang sistematik dan tersusun. Manakala, sumber pula bermaksud bahan yang
mengandungi kesahihan untuk sesuatu maklumat. Justeru itu, Ikhsan dan Norilla
(2006) turut menyatakan bahawa sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Catatan ini akan
menjelaskan dan memfokuskan tentang jenis-jenis sumber, fungsi pengurusan
sumber dan kepentingan pengurusan sumber.
Pertama
adalah jenis-jenis sumber sumber bercetak, sumber elektronik dan sumber maujud.
Sumber-sumber seharusnya digunakan oleh guru dan pelajar dalam sesi
pembelajaran di sekolah. Penyataan berkaitan sumber ini turut dijelaskan oleh
Ikhsan dan Norila (2005), yang menyatakan bahawa sumber adalah bahan yang
digunakan oleh guru bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai objektif yang ditetapkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, sumber yang pertama adalah sumber bercetak. Sumber bercetak terdiri
daripada bahan bahan pembelajaran seperti buku teks, majalah, surat khabar,
buku cerita dan semua media cetak. Seperti yang dijelaskan oleh Sharifah (1984)
bahan bercetak adalah bahan yang mempunyai maklumat meskipun dalam bentuk
lukisan, peta minda, gambar dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
bahan-bahan yang berkaitan dengan pemberian maklumat. Manakala, sumber
elektronik pula adalah bahan-bahan yang berkaitan dengan teknologi seperti
komputer riba, projektor LCD, radio kaset, komputer, OHP, television, microfilm
dan alatan pembesar suara. Bahan sumber elektronik juga boleh didapati dimakmal
ICT. Sumber elektronik perlu dipantau dan diuruskan dengan sebaik mungkin untuk
mengelakkan daripada alatan tersebut rosak atau musnah. Sumber ini sangatlah
efektif buat para pelajar dan guru. Hal ini kerana jika adanya komputer riba
guru boleh menggunakan aplikasi powerpoint untuk mencipta satu slide yang
menarik untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar juga akan mudah
tertarik kepada slide berbanding dengan buku fizikal. Yang terakhir
adalah sumber maujud. Menurut Sufean Hussin Et Al (2005) menyatakan bahawa
sumber maujud adalah bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh dipegang dan
disentuh. Sumber maujud ini adalah seperti bahan-bahan realia, diorama dan
model. Secara tuntasnya, sumber-sumber seharusnya digunakan bagi mendapatkan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Pelajar juga akan lebih
berminat jika ada sumber atau bahan yang boleh digunakan sebagai sumber yang
boleh dijadikan rujukan buat para pelajar.
Kedua
adalah fungsi pengurusan sumber. Fungsi pengurusan sumber ini dapat dilihat
berdasarkan bilik-bilik sumber yang ada di sekolah seperti Pusat Sumber Sekolah
(PSS) yang bertujuan sebagai pusat kegiatan belajar pelajar. Hal ini demikian
kerana PSS adalah satu tempat yang dipenuhi sumber-sumber bercetak yang dapat
membantu pelajar membuat ulangkaji dengan sendiri. PSS adalah satu tempat yang
menyediakan rujukan tambahan buat para pelajar. Manakala, fungsi pengurusan
sumber di Makmal Sains pula berperanan sebagai pusat eksperimen. Hal ini
demikian kerana segala kajian berkaitan sains,fizik,biologi, matematik dan
kimia akan dijalankan di bilik sumber ini dengan pantauan daripada para guru.
Aktiviti eksperimen atau uji kaji ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk
mempraktikan eksperimen secara hands-on. Oleh kerana itu, penting
para guru memantau setiap pelajar yang menjalankan eksperimen sebagai langkah
berjaga-jaga kerana terdapat pelbagai bahan-bahan sains yang perlu diuruskan
dengan baik bagi menjalankan aktiviti ini. Seterusnya, fungsi lain bagi
pengurusan sumber juga turut dilaksanakan di Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT). Salah satu fungsi pengurusan sumber adalah menyediakan tempat untuk melaksanakan
aktiviti projek kemahiran atau amali. Pengurusan sumber yang berkesan terhadap
Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi dapat meningkatkan kemahiran dalam pelajar
dalam bidang teknikal dan vokasional. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai
lagi fungsi-fungsi pengurusan sumber yang memberi kesan positif kepada pelajar.
Justeru itu, setiap bilik-bilik sumber ini penting dipantau oleh guru
agar tidak berlakunya kejadian seperti kemalangan. Selain itu, dengan adanya
bimbingan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik sumber ini
sedikit sebanyak akan membantu pelajar dalam mencetuskan idea-idea kreatif
mereka.
Ketiga adalah
kepentingan pengurusan sumber. Sumber di sekolah rata-ratanya memberi pelbagai
faedah kepada pelajar. Justeru itu, terdapat pelbagai kepentingan pengurusan
sumber di sekolah yang perlu pihak sekolah kekalkan dan ditambah baik.
Kepentingan pengurusan sumber yang pertama adalah membantu sekolah menjimatkan
wang dalam kos penyelenggaraan. Hal ini demikian kerana pengurusan sumber
seharusnya diuruskan dengan teliti. Sebagai contoh, amalan 5S penting dalam
pengurusan sumber bagi mengenal pasti sumber mana yang masih boleh digunapakai
atau pun tidak. Tambahan lagi, apabila ada usaha daripada pihak sekolah untuk
menyelenggarakan bilik-bilik sumber dalam tempoh 6 bulan sekali akan membantu
melambatkan proses bagi bahan-bahan sumber yang elektronik daripada terus rosak
dan tidak boleh digunapakai. Selain itu, pengurusan sumber penting bagi
mencapai matlamat sekolah. Hal ini demikian kerana setiap sekolah mempunyai
matlamat dalam memberi peningkatan yang terbaik bagi prestasi sekolah. Oleh
itu, pengurusan sumber yang berkesan akan memberi kesan positif kepada pengguna
di sekolah. Hal ini kerana guru, pelajar dan kakitangan semuanya akan
menunjukkan prestasi yang lebih baik jika sistem pengurusan sumber yang
berkesan disediakan. Tujuan dan matlamat sekolah juga akan dicapai dengan mudah
jika pihak sekolah dapat menguruskan sumber pembelajaran dengan cara terbaik
dan berkesan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pentadbiran sekolah menyediakan
dan mengaturkan sumber yang lengkap di sesebuah sekolah.
Kesimpulannya,
pengurusan sumber ini sangat penting bagi setiap pengguna di sekolah ini.
Bahan-bahan sumber juga bukan hanya memberi kebaikan kepada pelajar tetapi
sebagai pemudah cara terhadap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan sumber di sekolah perlulah diuruskan dengan baik supaya semua sumber
dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Rujukan
Buku
Sonia Blandford, (2009), Mengurus Sumber di Sekolah,
Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, Malaysia
Bahan Internet
Khairulmizan Yahya, (April 30, 2021), Subjek Amali, Eksperimen
Perlu Dibuat Melalui Pdp Secara Bersemuka, Diperoleh pada April 8, 2022,
daripada
https://www.kosmo.com.my/2021/04/30/subjek-amali-eksperimen-perlu-dibuat-
melalui-pdp-secara-bersemuka/
Kharni, (2013), Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah
menengah zon Chanis Muadzam Shah Pahang, Diperoleh pada April 10, 2022,
daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/41948/5/KharniDolKakhriMFP2013.pdf
Mohamad Dahalan dan Rohaya, (2004), Status katalog di pusat
sumber sekolah-sekolah menengah di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan,
Diperoleh pada April 10, 2022, daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/2598/2/BAB_1.pdf
Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak, (2019), Peranan Pusat Sumber,
Diperoleh pada April 12, 2022, daripada https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harianmalaysia/20190402/282561609534837.
Comments
Post a Comment